Landasan Kereta Api China-Laos Masuk Fasa Operasi
Projek landasan kereta api China-Laos memasuki fasa pengoperasian setelah tren Unit Gandaan Elektrik (EMU), Lane Xang diserahkan kepada pihak Laos baru-baru ini.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam satu sidang media pada Isnin, berkata kemajuan tersebut suatu yang menjanjikan limpahan manfaat kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Beliau juga menyifatkan projek berkenaan sebagai hasil simbolik penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi Laos untuk mentransformasikan negara itu ke arah saling hubung di daratan.
Tambah Zhao, dengan mengambil peluang sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini, China bersedia memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan serta kerjasama strategik komprehensif dengan Laos.