Bahasa Melayu

Projek OCS China-Laos Berjaya Bekalkan Tenaga Elektrik-CRI

CRI2021-10-18 15:01:28

Projek overhead contact system (OCS) bekalan tenaga elektrik kepada perkhidmatan kereta api China-Laos berjaya membekalkan tenaga elektrik kepada aliran arus dan kemudahan berkenaan sepanjang landasan kereta api tersebut pada pagi Ahad.

Projek ini dibina oleh oleh China Railway Wuhan Electrification Engineering Group Co., Ltd (WEEG) dan direka oleh China Railway Eryuan Engineering Group Co., Ltd.

Penghantaran tenaga elektrik kali ini merangkumi kesemua 20 stesen di China dan Laos termasuk Moding, Mengsai, Luang Prabang, Kasi dan Vientiane serta landasan kereta api sepanjang 422.441 kilometer.

Penghantaran itu berjalan dengan lancar, penebatan dalam keadaan baik dan semua parameter teknikal memenuhi piawaian reka bentuk dan spesifikasi pembinaan, sekali gus menyediakan asas kukuh kepada pengoperasian kereta api China-Laos yang dijadualkan bermula pada Disember nanti.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn