Bahasa Melayu

Pembinaan Landasan Kereta Api China-Laos Selesai

CRI2021-10-12 14:57:08

Pembinaan landasan kereta api China-Laos diselesaikan dengan menyeluruh seiring dengan sekumpulan landasan baja sepanjang 500 meter yang terakhir diletakkan dengan tepat di jalan keluar terowong Manmushu, daerah Xishuangbanna, provinsi Yunnan China pada sebelah pagi tadi.

Landasan kereta api China-Laos yang bermula dari bandar Yuxi, provinsi Yunnan China dan berakhir di Vientiane, ibu negara Laos, adalah kompoen penting bagi laluan tengah Jalan Kereta Api PanAsia. Jalan kereta api yang mula dibina pada 25 Disember tahun 2016 ini, direka bentuk untuk kelajuan 160 kilomater sejam berdasarkan penggunaan teknologi dan kelengkapan yang selaras dengan standard negara China. Kerja pemeriksaan dan ujian sedang dijalankan untuk memastikan ia dapat beroperasi pada penghujung tahun ini menurut jadualnya.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn