Bahasa Melayu

Sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN+1 dan ASEAN+3

CRI2021-09-14 13:44:23

Sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN-China (10+1) ke-20 dan ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3) ke-24 diadakan secara maya semalam. Pelbagai pihak dengan memfokuskan usaha melawan wabak COVID-19 dan isu pembangunan telah bertukar-tukar pendapat mengenai ekonomi dan perdagangan serantau yang menjadi tumpuan bersama.

Sidang 10+1 telah meluluskan kenyataan bersama untuk meningkatkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN serta laporan mengenai keadaan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN. Menakala, Sidang 10+3 telah meluluskan laporan mengenai perkembangan dalam pelaksanaan pelan tindakan 10+3 bagi mengurangkan impak wabak terhadap ekonomi dan rancangan kerjasama ekonomi 10+3 tahun 2021-2022.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao menyatakan bahawa China bersedia mengintensifkan kerjasama dengan ASEAN dalam melawan wabak COVID-19, merancakkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi dan rancangan pembangunan, mendorong pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan menuju ke arah berkualiti tinggi. Kedua-dua pihak dikehendaki memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, menstabilkan dan meningkatkan kelangsungan rantai industri dan rantai pembekalan, dengan aktif meneroka kerjasama dalam bidang baharu termasuk ekonomi hijau, ekonomi digital dan perdagangan digital di samping mendorong integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan sub kawasan.

Dalam pada itu, China, Jepun dan Republik Korea harus bersama-sama menambah pelaburan terhadap ASEAN demi menyokong pembinaan Komuniti ASEAN.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn