Bahasa Melayu

Indeks Perdagangan China-ASEAN Naik 141 Peratus

CRI2021-09-13 13:52:47

Indeks perdagangan China-ASEAN menyaksikan kenaikan 141.09 peratus pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2010.

Pengumuman tersebut dilakukan secara bersama oleh Jabatan Am Kastam China (GAC) dan kerajaan wilayah Guangxi dalam Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Sambutan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN sempena Ekspo China-ASEAN ke-18.

Untuk rekod, China dan negara ASEAN telah bersama-sama menubuhkan sistem indeks yang saintifik dan bercirikan perdagangan.

Dengan wujudnya sistem tersebut, jabatan kerajaan dapat membentuk dasar perdagangan secara berfakta, dan memberikan sokongan maklumat kepada syarikat import dan eksport bagi tujuan membuka pintu lebih luas kepada dunia luar, serta menarik pelaburan, tenaga profesional dan konsep tadbir urus korporat yang berkualiti tinggi dari negara lain.

Menurut data berkenaan, situasi perdagagan China-ASEAN secara amnya memperlihatkan pembaikan, manakala indeks perdagangan dua hala terus meningkat selepas tahun 2010.

Antaranya, indeks perdagangan China-ASEAN direkodkan sebanyak 241.09 pada tahun lepas atau bersamaan dengan peningkatan 19.64 peratus berbanding tahun 2019.

Sepanjang terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN sejak 30 tahun lalu, skala perdagangan China-ASEAN telah diperluas hingga 85 kali ganda.

Pada tahun 2020, ASEAN menjadi rakan dagangan terbesar China, sementara untuk enam bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala meningkat sebanyak 38.2 peratus , sekali gus mengekalkan momentum yang kuat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn