Bahasa Melayu

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Syarikat Teknologi Tinggi China

CRI2021-09-12 16:10:50

Kerajaan Malaysia mengalu-alukan lebih banyak syarikat teknologi tinggi China datang untuk membuat pelaburan, kerana ia selaras dengan objektif strategik Aspirasi Pelaburan Kebangsaan (NIA) yang menyasar penaiktarafan industri dan transformasi ekonomi.

Demikian ujar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong ketika berucap dalam sesi mempromosi kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan China-ASEAN yang berlangsung secara maya pada Sabtu.

Kata beliau, pihaknya sedang menjalankan kerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan China bagi menyusun pelan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada ekonomi digital, industri pertanian, Revolusi Perindustrian Ke-4, pembangunan kapasiti industri dan lain-lain.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn