Bahasa Melayu

Kukuh Kerjasama Parti, Pacu Pembangunan Ekonomi

CRI2021-09-10 14:07:11

Parti Komunis China (PKC) bersedia mengukuhkan komunikasi strategik dengan parti politik negara-negara serantau untuk menyumbang kepada pemerkasaan kerjasama pragmatik melibatkan pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pencegahan wabak COVID-19 serta interaksi di kalangan belia.

Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC (IDCPC), Song Tao menyatakan, pelbagai platform seperti mekanisme perundingan parti politik berlandaskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan dioptimumkan bagi memberi dorongan baharu kepada pembangunan serantau dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi dialog antara PKC dengan parti politik negara Asia Tenggara dan Asia Selatan yang membuka tirainya di Nanning, wilayah Guangxi pada Khamis.

Bertemakan "Kukuh Kerjasama Parti, Pacu Pembangunan Ekonomi", sesi dialog itu menarik penyertaan lebih 300 tokoh termasuk pemimpin lebih 40 parti politik serta kira-kira 30 diplomat dari negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan secara dalam dan luar talian.

Dialog tersebut dianjurkan IDCPC bersama Jawatankuasa PKC di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn