PM China Bakal Hadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi GMS
CRI2021-09-07 19:34:53
Atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Kemuncak Ke-7 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar (GMS) yang bakal berlangsung secara maya pada 9 September.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media hari ini berkata, China aktif mengambil bahagian dalam proses kerjasama ekonomi di subkawasan tersebut, dan memainkan peranan positif dalam menggalakkan kerjasama pragmatik yang melibatkan pelbagai bidang.
Pelbagai pihak diharapkan dapat mengambil peluang daripada sidang kemuncak tersebut untuk mengemukakan inisiatif memerangi wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi, selain menyuntik penggerak baharu kepada kemakmuran serantau.