Bahasa Melayu

Laos, Negara Kehormat Ekspo China-ASEAN Ke-18

CRI2021-08-27 14:21:37

Laos menjadi negara kehormat Ekspo China-ASEAN 2021 buat kali ketiga.

Pemimpin Laos akan menyampaikan ucaptama pada perasmian ekspo terbabit, dan kemudian menghadiri sidang meja bulat dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) dari perusahaan China. Kedua-dua negara juga akan mengadakan aktiviti peringatan untuk menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dan forum kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Laos 2021.

Kini, China telah menjadi rakan dagang kedua terbesar dan sumber pelaburan langsung asing (FDI) yang terbesar bagi Laos. Landasan kereta api China-Laos yang dijadualkan akan beroperasi pada Disember tahun ini dipercayai boleh menyediakan lebih banyak peluang kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn