Hubungannya dengan China, Keutamaan Diplomasi Vietnam
Vietnam mementingkan hubungannya dengan China yang menjadi pilihan strategik dan keutamaan dalam dasar luar negara tersebut.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chính ketika ditemui Duta Besar China ke Vietnam, Xiong Bo semalam.
Menurut beliau, usaha pembaharuan dan inovasi kedua-dua negara sedang berada pada tempoh masa yang strategik. Ikatan sihat dan mantap antara satu sama lain berperanan signifikan bagi mendorong pembangunan negara sosialis masing-masing, dan berfaedah bagi memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia. Vietnam bersedia melaksanakan persepakatan peringkat tinggi, merancakkan pertukaran di peringkat tinggi, di samping memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik.
Pham Minh Chính juga menghargai bantuan vaksin yang disediakan China semasa penularan wabak COVID-19 .
Menurut Xiong Bo, China bersedia mengekalkan panduan strategik peringkat tinggi berdasarkan persahabatan tradisional dan cita-cita serta misi sejarah yang dipikul bersama, memperdalam kerjasama strategik komprehensif, dan menyuntik kedinamikan baharu kepada hubungan dan pembangunan sosialis kedua-dua negara.