Rondaan Bersama Ke-108 di Sungai Mekong Bermula
China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-108 di Sungai Mekong semalam.
Menurut maklumat dari Pejabat Penerangan Biro Keselamatan Awam Yunnan, tiga kapal yang dinaiki anggota penguatkuasa undang-undang China yang terlibat dalam operasi tersebut telah berlepas dari Pelabuhan Guanlei, provinsi Yunnan pada pagi semalam.
Empat negara tersebut dilaporkan mengadakan mesyuarat bersama komander operasi dan sesi perkongsian maklumat secara maya dan mencapai kata sepakat bahawa operasi selama empat hari kali ini akan dijadikan sebagai permulaan kempen bersama selama tiga bulan untuk membanteras jenayah rentas sempadan yang memberi tumpuan kepada usaha membanteras kegiatan penumpang haram, penyeludupan dadah serta jenayah siber dan telekomunikasi di kawasan aliran Sungai Mekong .
Menurut perkenalan, petugas dari keempat-empat negara akan mengambil tindakan bagi mengelakkan risiko terjangkit COVID-19 dalam operasi rondaan bersama kali ini. China akan menyediakan bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak yang melibatkan pakaian pelindung, topeng pelindung, penutup hidung dan mulut serta cecair nyah kuman kepada pasukan penguatkuasa dari ketiga-tiga negara lain.