Kumpulan Kelima Vaksin Bantuan dari China Tiba di Vientiane
Terdapat lagi vaksin bantuan China tiba di lapangan terbang antarabangsa Wattay Vientiane Laos malam semalam. Ini adalah kumpulan vaksin kelima yang disumbang dari China. Menteri Kesihatan Laos dan pegawai kedutaan besar China ke Laos telah menyaksikan ketibaan dan penyerahan vaksin itu di lapangan terbang.
Jawantankuasa Pencegahan dan Kawalan COVID-19 Negara Laos menyatakan bahawa pihaknya telah mengatur pemvaksinan di seluruh negara dengan menggunakan vaksin buatan China yang sudah pun terbukti selamat dan bekesan, antaranya golongan berisiko tinggi termasuk doktor dan jururawat dan pekerja di kastam akan terlebih dahulu dijadikan pengambil vaksin China.
Setakat 7 Ogos waktu tempatan, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Laos mencatat 8,132, dengan lapan daripadanya maut.