Bahasa Melayu

Program Vaksinasi “Spring Sprout” Berjalan Lancar di Malaysia

CRI2021-08-01 14:00:21

Program vaksinasi “Spring Sprout” yang dilancarkan Kedutaan Besar China di Malaysia pada pertengahan Julai menyumbang kepada usaha membendung penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Program berkenaan menyasar memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada warga China yang berada di Malaysia.

Difahamkan, lebih 32,000 warga China di Malaysia telah berdaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui program tersebut setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin melawat ke sebuah pusat vaksinasi di Kuala Lumpur bersama Duta China, Ouyang Yujing pada Sabtu.

Khairy merakamkan penghargaan kepada China yang menyalurkan 500 ribu dos vaksin Sinovac untuk rakyat Malaysia, dengan menyifatkannya sebagai lambang persahabatan antara kedua-dua negara dan amat signifikan bagi mengatasi kesulitan semasa.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn