Bahasa Melayu

Rondaan Bersama Ke-107 di Sungai Mekong Bermula

CRI2021-07-21 12:58:58

China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-107 di Sungai Mekong pada Selasa.

Tiga kapal membawa anggota penguat kuasa undang-undang China yang terlibat dalam operasi tersebut telah berlepas dari pelabuhan Jingha di Xishuangbanna, provinsi Yunnan.

Operasi selama empat hari itu memberi tumpuan kepada usaha membanteras penyeludupan manusia di kawasan aliran Sungai Mekong, dan akan dijalankan secara serentak di perairan dan darat.

Petugas dari keempat-empat negara akan bertindak tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, misi rondaan di perairan akan dijalankan bersama China dan Laos, manakala rondaan darat pula dilakukan oleh Laos, Myanmar dan Thailand.

Isnin lalu, empat negara mengadakan majlis secara maya bagi memberi penghargaan kepada pasukan dan individu yang berjasa besar terhadap operasi bersama membanteras jenayah dadah.

Operasi selama seratus hari itu berjaya membongkar 85 kes melibatkan jenayah dadah, di samping menahan 132 orang suspek dan merampas 8.4 tan dadah pelbagai jenis.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn