Bahasa Melayu

China, ASEAN Berhasrat Tingkatkan Kerjasama Ekonomi Digital

CRI2021-07-17 14:45:08

Wakil-wakil dari kerajaan, syarikat dan kalangan akademik China dan negara ASEAN dalam bidang ekonomi digital semalam mengadakan perbincangan mengenai usaha mendorong perkongsian dalam bidang ekonomi digital berkembang ke arah lebih luas, mendalam dan peringkat lebih tinggi.

Pada Forum Pembangunan dan Ekonomi Digital China-ASEAN 2021 yang bertema “Berkongsi peluang baharu dalam bidang digital dan membincangkan masa depan kerjasama” di bandar Wuhan, provinsi Hubei China, perbincangan para peserta berfokus pada tema ekonomi digital dan bidang yang menarik perhatian kedua-dua pihak termasuk infrastruktur digital, e-dagang rentas sempadan, kecerdasan buatan, dan kerjasama industri.

Sebanyak 20 kontrak yang bernilai RMB 22.6 bilion (RM14.67 bilion) dimeterai pada forum tersebut.

Forum anjuran bersama Pusat Kerjasama Ekonomi dan Teknologi Antarabangsa Kementerian Industri dan Maklumat China, Pusat China-ASEAN dan kerajaan bandar Wuhan ini diserikan dengan kehadiran duta besar, utusan khas, kaunselor dan konsul negara ASEAN ke China secara fizikal, dan beberapa pegawai kanan dari Malaysia, Indonesia, Laos, Thailand dan Sekretariat ASEAN secara dalam talian yang turut mencerminkan hasrat dan potensi kerjasama bilateral yang besar.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn