Bahasa Melayu

ASEAN, China Disarankan Perkasa Kerjasama Dalam Bidang Digital

CRI2021-07-13 13:53:34

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat menyatakan keyakinan terhadap peningkatan hubungan ASEAN-China dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Ketika menyampaikan ucapan pada Future China Global Forum 2021 anjuran Business China yang dirasmikan semalam, Heng menyarankan ASEAN dan China memperkasa kerjasama dalam bidang digital sempena menyambut ulang tahun ke-30 hubungan dialog ASEAN-China pada tahun ini.

Menurut beliau, hubungan ASEAN-China yang kukuh dan kerjasama yang mendalam dalam bidang ekonomi memberi manfaat kepada rakyat negara-negara ASEAN dan China yang kesemuanya berjumlah kira-kira dua bilion dalam tiga dekad yang lalu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn