Bahasa Melayu

Lebih Banyak Peluang Menanti Firma Global

CRI2021-07-02 15:15:20

Firma antarabangsa kini mempunyai peluang yang lebih besar untuk memasuki pasaran China.

Ia susulan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia itu berikrar untuk meneruskan keterbukaan pasaran kewangan dan memperluas akses pasaran kepada pelabur asing.

DBS Securities, bank berpangkalan di Singapura merupakan antara firma yang diluluskan untuk menubuhkan syarikat sekuriti usaha sama dengan pegangan saham di China.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DBS, Piyush Gupta berkata, keterbukaan akaun modal China mungkin memberi pengaruh lebih besar terhadap dunia berbanding keanggotaan negara itu dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2001.

Menurutnya, lambat-laun pasaran modal China akan memainkan peranan yang sama penting sebagaimana yang dimainkan dalam perdagangan global.

Jelas Gupta, ia juga merupakan satu-satunya peluang terbesar bagi Singapura untuk 10 hingga 15 tahun seterusnya.

Tambah beliau, China berjaya menghasilkan nilai ekonomi yang besar sejak beberapa dekad lalu dan kini berada di barisan hadapan untuk menawarkan peluang baharu.

Ujarnya, dengan pembinaan perniagaan dan peluang dalam pasaran modal, pihaknya akan memperoleh peluang besar untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pengguna di China.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn