Bahasa Melayu

Rondaan Bersama ke-106 China, Laos, Myanmar dan Thailand di Sungai Mekong

CRI2021-06-23 12:49:31

China, Laos, Myanmar dan Thailand secara rasminya melancarkan operasi penguatkuasaan undang-undang dan rondaan bersama kali ke-106 di kawasan Sungai Mekong, sekali gus merasmikan kempen promosi pengetahuan antidadah pada Selasa.

Sehari sebelum itu, simposium kerjasama antidadah dan mesyuarat komander keempat-empat tersebut diadakan secara maya, bersempena Hari Antidadah Antarabangsa ke-34 yang jatuh pada Sabtu ini.

Para peserta telah menganalisis situasi keselamatan dan jenayah dadah di rantau Sungai Mekong, di samping mengimbas dan merumuskan kejayaan operasi 100 hari memerangi dadah di rantau tersebut.

Dalam pada itu, selain memutuskan untuk mengadakan rondaan bersama demi memperkukuh pengawalan di kawasan perairan utama, para peserta juga bersetuju untuk melaksanakan kempen promosi pengetahuan antidadah agar penduduk di rantau ini mendapat jaminan keselamatan serta suasana bebas dadah.

China, Laos, Myanmar dan Thailand telah mencapai hasil cemerlang dalam kerjasama antidadah pada tahun ini, khususnya kegiatan antidadah di Sungai Mekong sepanjang 100 hari selepas Mac lalu.

Untuk rekod, sejumlah 84 kes penyeludupan dadah seberat 7.416 tan yang melibatkan tangkapan 128 individu, selain lapan pistol dan 807 peluru dirampas, sekali gus melumpuhkan pelbagai jenis kegiatan jenayah dadah di rantau Sungai Mekong pada tahun ini.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn