Bahasa Melayu

Lagi Bantuan Vaksin China Tiba di Vietnam

CRI2021-06-21 13:09:45

Bantuan vaksin China yang dihasilkan Sinopharm tiba di Vietnam, pada Ahad.

Upacara penyerahan sumbangan vaksin tersebut disaksikan oleh Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long dan Duta Besar China ke Vietnam, Xiong Bo di lapangan terbang.

Nguyen Thanh Long dalam ucapannya menyanjung tinggi kejayaan China dalam melawan wabak COVID-19 dan pada masa sama turut menghargai bantuan vaksin China.

"Besar harapan kita untuk melihat usaha bersama melawan pandemik dan kajian bersama vaksin terus dijalankan antara Vietnam dengan China," ujarnya lagi.

Menurut Kementerian Kesihatan Vientam, keutamaan program vaksinasi bagi pusingan ini akan diberikan kepada tiga golongan, iaitu warga China yang bekerja di Vietnam, warga Vietnam yang berhasrat belajar atau bekerja ke China, serta penduduk di kawasan sempadan.

Menurut pihak berkuasa Vietnam, vaksin yang dihasilkan Sinopharm itu adalah vaksin COVID-19 kedua di negara itu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn