Bahasa Melayu

Utusan Khas Presiden Indonesia Bakal Melawat China

CRI2021-06-05 14:11:16

Atas undangan anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi, utusan khas Presiden Indonesia merangkap Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman selaku ketua pemanggil yang bertanggungjawab terhadap urusan kerjasama dengan China, Luhut Pandjaitan akan mengadakan lawatan ke China bermula hari ini hingga 9 Jun. Wang Yi akan bersama-sama dengan Luhut mempengerusikan mesyuarat pertama mekanisme dialog dan kerjasama peringkat tinggi China-Indonesia di Guiyang. Berita ini diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam.

Wang menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama Indonesia terus melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, menggunakan mekanisme dialog dan kerjasama ini dengan baik untuk mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara membuahkan hasil yang lebih banyak pada era pasca wabak COVID-19.

Mekanisme tersebut terdiri daripada tiga mekanisme peringkat Naib Perdana Menteri yang melibatkan keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya yang sedia ada. Wang menyatakan bahawa mekanisme ini kondusif bagi kedua-dua pihak mengemaskini penggunaan sumber untuk mendorong kerjasama dua hala berkembang ke arah pragmatik dan berkecekapan tinggi pada era pasca wabak. Kedua-dua pihak mempunyai harapan yang tinggi terhadap mesyuarat pertama yang signifikan dalam mekanisme ini.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn