Forum Kerjasama Media China-ASEAN 2021 di Beijing
Forum Kerjasama Media China-ASEAN 2021 diadakan di Beijing semalam dengan temanya “30 Tahun, membuka lembaran baharu bagi China dan ASEAN menjalankan kerjasama yang sama menang”.
Naib Setiausaha ASEAN, Kung Phoak ketika menyampaikan ucapan melalui video menyatakan bahawa walaupun dipengaruhi wabak COVID-19, hubungan rakan antara ASEAN dan China yang rapat tidak terjejas. Tahun ini amat penting kerana perkongsian strategik antara kedua-dua pihak akan kelihatan semakin segar dalam pelbagai bidang. Selepas tercetusnya wabak COVID-19, jumlah pelayar internet meningkat secara mendadak, sekali gus membawa peluang kerjasama yang semakin banyak kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang media baharu. Peningkatkan kerjasama dalam bidang media kondusif bagi kita untuk maju terus pada masa depan.
Naib Ketua Setiausaha Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Tang Heng pula menyatakan bahawa pertukaran sosiobudaya antara China dan ASEAN semakin erat, sedangkan kerjasama media terus diintensifkan. Beliam berharap agensi media China-ASEAN terus menyediakan suasana yang baik kepada pembangunan dan kerjasama kedua-dua pihak.
Aktiviti fizikal forum kali ini turut diserikan dengan kehadiran hampir seratus tetamu dari dalam dan luar China antaranya termasuk Duta Besar Malaysia, Raja Nushirwan Z .A., Duta Besar Indonesia, Diauhari Oratmangun dan Duta Besar Vietnam, Pham Sao Mai.