Bahasa Melayu

China, ASEAN Teroka Kerjasama PKS

CRI2021-05-29 14:48:44

Persidangan Kerjasama dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN berlangsung di sini pada Jumaat.

Persidangan itu memberi fokus kepada peluang dan prospek kerjasama PKS kedua-dua pihak susulan penandatanganan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Dalam pada itu, sebanyak 19 perjanjian kerjasama membabitkan program bernilai RMB27 bilion (RM17.5 bilion) turut dimeterai.

Persidangan yang diadakan di ibu kota provinsi Shandong itu disertai kira-kira 1,300 syarikat dari provinsi tersebut dan negara ASEAN secara fizikal dan maya.

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, perdagangan Malaysia dengan provinsi Shandong meningkat 40 peratus pada tahun lepas. PKS memainkan peranan signifikan dalam memacu ekonomi serantau. Oleh itu, perbincangan mengenai usaha menggalakkan pembangunan PKS pada era pasca pandemik amat bermakna.

Duta Besar Laos ke China, Khamphao Ernthavanh pula berpendapat kedua-dua negara boleh meneroka kerjasama dalam lebih banyak bidang. Syarikat China dialu-alukan membuat pelaburan dalam industri pertanian, pelancongan dan infrastruktur di Laos.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn