Bahasa Melayu

PM Li Ucap Tahniah Pelancaran Tahun Kerjasama Pembangunan Mampan China-ASEAN

CRI2021-05-29 16:14:23

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus surat tahniah sempena pelancaran Tahun Kerjasama Pembangunan Mampan China-ASEAN pada Jumaat.

Li berkata, pembangunan mampan merupakan kaedah asas bagi menyelesaikan pelbagai masalah global. Aktiviti tersebut menyasar memperkasakan kolaborasi kedua-dua pihak dalam usaha melindungi ekologi, mencegah dan mengurangkan bencana, menangani perubahan iklim dan membasmi kemiskinan, demi menyediakan syarat yang bermanfaat kepada pembangunan serantau.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn