Bahasa Melayu

Li, Muhyiddin Bincang Kerjasama Lawan COVID-19

CRI2021-05-22 14:28:25

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan secara maya dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Jumaat. Mereka telah bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala dan kerjasama antarabangsa melawan wabak COVID-19.

Li Keqiang menyatakan bahawa Malaysia ialah negara pertama yang memeterai perjanjian kerjasama vaksin antara kerajaan dengan China dan juga paling awal mencapai aturan keuntungan bersama vaksinasi dengan China.

Li berkata, China menyokong Malaysia meningkatkan daya pengeluaran vaksin, dan menyokong jabatan kesihatan dan pakar perubatan kedua-dua negara berkongsi pengalaman.

Beliau turut menzahirkan harapan agar warga China di Malaysia dapat menerima suntikan vaksin secepat mungkin.

Sementara itu, Li berkata bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Malaysia menyaksikan peningkatan tatkala situasi wabak memberikan tempias kepada seluruh dunia. China komited mengintensifkan kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pelaburan, ekonomi digital, industri perkilangan, pertanian dan pembinaan prasarana pengangkutan di laut.

Beliau menegaskan, kerajaan China akan terus menggalakkan perusahaan dari negara ini untuk melabur ke Malaysia demi situasi menang-menang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China dan komited memperkukuh kerjasama dengan negara ini dalam sektor pelaburan ekonomi dan perdagangan, ekonomi digital, teknologi canggih, taman perindustrian dan pertanian.

Beliau berkata, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari China. Sokongan China memainkan peranaan penting ketika Malaysia membendung penularan wabak COVID-19. Pihaknya berharap agar terus merapatkan kerjasama dengan China dalam melawan wabak, khususnya berkongsi pengalaman.

Tan Sri Muhyiddin berjanji bahawa Malaysia akan memberikan kemudahan kepada warga China di negara itu untuk menerima suntikan vaksin.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn