China Bantu Bangladesh Tangani Perubahan Iklim
CRI2021-12-28 16:30:35
Pusat Peramalan Alam Sekitar Marin Nasional di Kementerian Sumber Asli China dan University Dhaka, Bangladesh menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membantu negara itu meningkatkan kemampuan dalam menangani perubahan iklim, pada Isnin.
Tahun ini, sistem peramalan alam sekitar marin “Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21” kendalian pusat tersebut telah menawarkan perkhidmatan ramalan dan amaran awal kepada 102 bandar utama di 17 negara sepanjang laluan berkenaan.