“Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur” Sama Sekali Tidak Masuk Akal
China menentang dengan tegas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menguatkuasakan apa yang disebut “Akta pencegahan buruh paksa Uygur” .
Jurucakap Kementerian Luar China berkata, akta AS yang dikuatkuasakan mulai pada Khamis itu mengabaikan fakta, melemparkan fitnah kepada hak asasi manusia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, sekali gus melanggar dengan serius undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa serta mencampuri dengan kasar urusan dalaman China.
Menurut jurucakap itu, ekonomi berkembang maju, masyarakat kekal stabil dan penduduk pelbagai etnik hidup sejahtera di Xinjiang. Keadaan ini disaksikan dan diiktiraf dunia.
"Tetapi AS kerap kali menyebar khabar angin dan mencemarkan imej China dengan isu Xinjiang. AS melakukan manipulasi politik dan pembulian ekonomi dengan bertopengkan hak asasi manusia adalah untuk menjejaskan kemakmuran dan kestabilan di Xinjiang di samping mengekang pembangunan China.
"Urusan Xinjiang sama sekali merupakan urusan dalaman China. Kerajaan dan rakyat China tidak akan goyah untuk membela kedaulatan, keselamatan dan pembangunan negara," kata jurucakap itu.
Sementara itu, AS digesa menghentikan pengedaran pembohongan, tindakan mencampuri urusan dalaman China dan mengekang pembangunan negara ini.