Demokrasi Model AS Bukanlah Prinsip Universal
Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China menerbitkan laporan yang berbunyi, walaupun Amerika Syarikat(AS) berusaha untuk memaparkan kelebihan demokrasi model negaranya, tetapi demokrasi itu telah memperlihatkan pembatasan dan kelemahan, dan ia bukanlah satu pelan yang ideal ke arah politik demokrasi moden.
Menurut laporan yang bertajuk "Pembatasan and Kelemahan Demokrasi Model AS" itu, bentuk demokrasi tidak sama dan jalan untuk merealisai demokrasi pun tidak sama.
"AS menyebarkan sistem demokrasinya sebagai prinsip yang universal dan menonjolkan demokrasi model sendiri sebagai contoh kepada pihak yang lain di seluruh dunia. Niat itu pasti mendapat bantahan negara lain," menurut laporan yang diterbitkan pada Kamis lalu.
Menurut laporan itu, lebih ramai negara dan rakyat telah menyedari domokrasi model AS tidak dapat mewakili arah pembangunan demokrasi pada masa depan. Rakyat pelbagai negara dapat menempuh jalan pembangunan demokrasi sendiri secara bebas untuk menyumbang kepada kepelbagaian tamadun politik umat manusia.