Xi: China Komited Tingkatkan Perkongsian Strategik dengan Chile
CRI2021-12-22 16:22:43
China komited meningkatkan perkongsian strategik komprehensif dengan Chile ke satu tahap lebih tinggi, kata Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah kepada Gabriel Boric yang dipilih sebagai Presiden Chile baharu, hari ini.
Xi menyatakan bahawa Chile merupakan negara Amerika Latin pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.
"China dan Chile merapatkan interaksi peringkat tinggi, melakar hasil cemerlang dalam kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai sektor.
"China menumpukan perkembangan hubungan dengan Chile dan bersedia memperdalam kerjasama pragmatik dalam kerangka pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) dengan berkualiti tinggi bagi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," kata Xi.