Kurang 50 Hari Lagi ke Temasya Beijing 2022!
Pameran keempat sempena kira detik 50 hari Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 diadakan secara penuh meriah di sini, pada Khamis.
Aktiviti pameran api temasya itu yang diadakan sejak 7 Disember turut dibuka secara sepenuhnya kepada awam pada semalam bagi membolehkan lebih ramai orang melihat elemen Sukan Olimpik dengan lebih dekat.
Difahamkan, antara tarikan tersebut adalah rabuk dari Olympia Greece, obor dan keseragaman busana yang dipakai pembawa obor yang penuh kebudayaan.
Pameran tersebut turut digemakan dengan nyanyian lagu "Wish" di tapak acara oleh kanak-kanak yang turut menjadi simbol inspirasi kepada lebih ramai golongan muda dalam menghidupkan impian Sukan Olimpik Musim Sejuk, menyambut kedatangann salji dan ais dengan penuh semangat, dan menuju ke arah masa depan yang lebih cerah.
Perwakilan peminat ais dan salji yang mengambil bahagian dalam kempen Akademi Sukan Olimpik Musim Sejuk Vitality serta tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat turut berkumpul bersama untuk menzahirkan harapan baik terhadap temasya itu.
Menurut Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur temasya itu, Xu Zhijun, selain mencerminkan visi "ais dan salji untuk semua, Sukan Olimpik Msuim Sejuk juga untuk semua", aktiviti itu juga menandakan bahawa persiapan temasya Beijing 2022 telah memasuki fasa terakhir.
Ketika menyampaikan ucaptamanya, Xu berkata pihaknya komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, sekali gus mejayakan temasya sukan yang selamat dan meriah.
Untuk rekod, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menganjurkan kempen Akademi Olimpik Musim Sejuk Vitality pada 2017 di bawah inisiatif " 300 juta orang melibatkan diri dalam acara sukan ais dan salji", selain memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan pengetahuan Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Dilaksanakan sejak lima tahun yang lalu, kempen tersebut dilihat berjaya membantu lebih ramai orang awam mengenali dan memperdalam acara ais dan salji, sehingga mencintai acara itu.