Penggunaan Modal Asing di China Meningkat 15.9%
Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan China semalam, penggunaan modal asing menurut kontrak yang terlaksana di seluruh negara pada 11 bulan pertama tahun ini meningkat 15.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menokok RMB1.0422 trilion (RM689 bilion).
Antaranya, penggunaan modal asing dalam industri perkhidmatan menurut kontrak yang terlaksana meningkat 17% dengan mencatat sebanyak RMB823.94 bilion (RM545 bilion), manakala industri teknologi tinggi menyaksikan peningkatan 19.3%.
Sumber pelaburan dari negara terlibat pembinaan 'Inisiatif Jalur dan Laluan' (BRI) dan ASEAN masing-masing meningkat 24.7% dan 23.7%.
Pegawai berkenaan dari Kementerian Perdagangan China pernah menyatakan dengan berulang kali bahawa dasar China yang menggalakkan syarikat asing mengembangkan sayap di negara ini tidak akan berubah. China akan terus bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang pelaburan pedagang aisng serta peraturan berkenaan dengan menyeluruh, memelihara order saing yang adil serta melindungi hak dan kepentingan pelabur asing yang sah.