China Membantah AS Campur Tangan Isu Xinjiang
China pasti bertindak balas jika pihak Amerika Syarikat (AS) degil berniat mencampuri urusan dalaman China melalui 'akta pencegahan buruh paksa Uygur' yang sudah diluluskan dalam Kongres negaranya. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.
Zhao menyatakan bahawa sesetengah politikus AS berulang kali menjalankan manipulasi politik dan pembulian ekonomi atas nama 'memelihara hak asasi', dan muslihat sebenarnya adalah untuk mengekang pembangunan China melalui isu Xinjiang. Di mata China, niat yang jahat itu mustahil berhasil, dan hanya akan menjadikan kredibiliti dan imej kerajaan dan Kongres AS terhakis.
Menurut Zhao, buruh paksa sebenarnya wujud di negara AS sendiri. Setakat ini, terdapat kira-kira 500 ribu orang buruh tani kanak-kanak, dan ada 240 ribu hingga 325 ribu wanita dan kanak-kanak pernah mengalami perhambaan seksual. Dalam tempoh lima tahun lalu, jumlah buruh paksa yang dihantar ke AS melalui pemerdagangan mencapai 100 ribu orang setiap tahun.
Zhao menegaskan bahawa justeru kerajaan AS yang pernah melakukan genosid yang sebenar terhadap kaum Indian Amerika sehingga populasi kaum itu berkurangan dari 5 juta pada penghujung abad ke-15 ke 250 ribu pada masa sekarang.
Apa yang disebut 'genosid dan buruh paksa' di Xinjiang merupakan dusta belaka, dan fitnah seumpama itu sama sekali tidak mungkin menjadi rintangan dalam jalan pembangunan negara China dan perjuangannya dalam memelihara keselamatan tanah air.