Transaksi Hak Pelepasan Karbon Lebihi 100 Juta Tan
Jumlah transaksi di Bursa Perdagangan Hak Pelepasan Karbon China (CCETE) mencatat 107 juta tan dengan nilainya RMB4.426 bilion (RM2.937 bilion) pada 15, Disember yang merupakan hari perdagangan ke-102 sejak beroperasinya CCETE.
Dimaklumkan, sejak bulan November lalu, transaksi di CCETE amat aktif, dengan jumlah harian mencapai 2.644 juta tan secara purata, dan puncaknya adalah 14.88 juta tan yang tercatat pada 14, Disember lalu.
Untuk rekod, sejak beroperasi pada 16 Julai 2021, CCETE telah menyenaraikan 2,162 syarikat penjana kuasa elektrik yang merangkumi pelepasan karbon dioksida sebanyak 4.5 bilion tan.
Sebagai bursa karbon yang berskala paling besar di dunia, CCETE dilihat sebagai satu inovasi yang signifkan untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mendorong pembangunan rendah karbon melalui mekanisme pasaran, dan juga alat penting bagi kerajaan China dalam memperjuangkan matlamat mencapai puncak pelepasan karobn dan visi neutral karbon.