Bahasa Melayu

Xi: Hubungan China-Rusia Lasak dan Dinamik

CRI2021-12-15 20:06:45

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui video di Beijing petang tadi.

Xi berkata, berikutan pengaruh daripada situasi semasa yang berubah-ubah yang tidak pernah dialami di dunia dalam tempoh seratus tahun lalu dan pandemik COVID-19, dunia ini sudah memasuki tempoh pergolakan dan pembaharuan. Hubungan China-Rusia yang tahan lasak dalam ujian yang pelbagai jenis tetap dinamik dan menunjukkan wajah yang segar. Pemimpin kedua-dua negara ini pernah memelihara komunikasi dan penyelarasan dengan pelbagai cara untuk menetapkan hala tuju perkembangan dua hala. Kedua-dua pihak sudah mengumumkan untuk melanjutkan Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia yang dibubuhi konotasi bercirikan zaman baharu, menyokong antara satu-sama lain dalam menangani masalah yang melibatkan kepentingan teras negara masing-masing, dan membela maruah negara dan kepentingan bersama.

Xi menyatakan, kerjasama substantif segenap aspek antara China dan Rusia telah mendatangkan peluang kondusif yang besar baik dalam bidang politik mahupun ekonomi. Perdagangan dua hala pada tiga suku tahun pertama mencecah USD100 bilion (RM423 bilion) buat pertama kalinya dan dijangka akan mencipta rekod baharu bagi sepanjang tahun ini. China dan Rusia bersatupadu dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha melawan pandemik, dan meghuraikan konotasi yang tepat tentang demokrasi dan hak asasi manusia. Kedua-dua negara ini merupakan tunjang utama dalam melaksanakan multilateralisme yang benar-benar dan memelihara keadilan antarabangsa.

Kata Xi, Presiden Putin akan datang ke Beijing untuk menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk lagi lebih sebulan nanti. Kedua-dua pemimpin ini akan bersama-sama membuka lembaran baharu hubungan dua hala pada zaman pasca pandemik.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn