Jualan Automobil di China Cecah 26 Juta Buah
CRI2021-12-15 12:58:32
Jualan dan pengeluaran automobil di China sepanjang tahun 2021 akan meningkat 3.1% dengan mencatat kira-kira 26.1 juta buah, sehingga mengakhiri sejarah pertumbuhan negatif dalam tempoh tiga tahun lalu.
Menurut data yang dikeluarkan Persatuan Industri Automobil China semalam, jualan automobil di China bagi tahun 2022 dijangka akan meningkat 5.4%, dengan mencapai 27.5 juta buah, antaranya jumlah jualan kereta tenaga alternatif akan melambung ke 5 juta buah.