Bahasa Melayu

Hegemoni AS Terdedah dalam Lakonannya Melibatkan Isu Xinjiang

CRI2021-12-14 14:25:31

Hipokrasinya Amerika Syarikat (AS) terdedah dalam lakonannya yang berniat mengekang pembangunan China melalui isu Xinjiang. Yang diamalkannya bukan untuk melindungi hak asasi manusia melainkan untuk menunjukkan hegemoni. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Wang berkata, berdasarkan tohman yang direka-reka dan maklumat palsu, AS sekali lagi mengambil langkah sekatan terhadap sejumlah tokoh dan entiti China dengan apa yang disebut 'pencabulan hak asasi di Xinjiang'. Langkah ini dilihat sebagai campur tangan yang biadab terhadap urusan dalaman China, pelanggaran terhadap tata tertib asas hubungan antarabangsa serta rintangan besar dalam hubungan bilateral, dan sudah mengundang bantahan keras dari pihak China.

China menggesa AS menarik balik keputusan yang salah tersebut dengan segera, dan menghentikan ucapan serta lakuan yang bertujuan mencampuri urusan dalaman dan menjejaskan kepentingan China. Jika AS degil mengambil tindakan seumpama itu dengan sewenang-wenangnya, China pasti akan membalas dengan tegas.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn