Bahasa Melayu

Olimpik Beijing: Kerja Buat Salji Dimulakan di Platform Lompat Ski Shougang

CRI2021-12-13 14:56:27

Kerja-kerja membuat salji yang dimulakan di Platform Lompat Ski Shougang pada Ahad, sekali gus menandakan pembukaan rasmi aktiviti jaminan acara papan luncur salji dan ski gaya bebas dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

"Kerja membuat salji dijalankan secara serentak di zon akhir dan zon berlepas, seterusnya secara beransur-ansur ke zon permulaan.

"Ketebalan salji di zon permulaan adalah 0.5 meter, manakala ketebalan salji di di trek lompat dan zon akhir masing-masing adalah 0.5 meter hingga 4 meter," kata Jin Hongli, Naib Ketua Pengarah Operasi Logistik Platform Lompat Ski Shougang.

Difahamkan, berbanding dengan venue padang salji yang lain, kerja membuat salji di Beijing hanya sesuai dilakukan pada waktu malam hingga awal pagi susulan suhu udara yang agak tinggi pada siang hari dan menurun lewat pada waktu malam.

Sepanjang kerja tersebut dijalankan, pakar pembuat salji perlu menjalankan pemantauan teliti terhadap cuaca dan arah tiupan angin bagi menjamin kejayaan kerja membuat salji.

Untuk rekod, kerja membuat salji terdiri daripada empat peringkat, iaitu membuat salji, menyimpan salji, membentuk dan menambah salji.

Jumlah keseluruhan salji buatan akan mencecah 11,500 meter padu dan dijangka siap menjelang 20 Januari 2022.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn