Bahasa Melayu

Sektor Pembuatan China Makin Terbuka

CRI2021-12-10 14:17:38

China telah membatalkan hampir semua pengehadan terhadap pelaburan asing dalam sektor pembuatan, sementara melonggar akses modal asing dalam sektor pertanian, menurut Kementerian Perdagangan.

Jurucakapnya, Gao Feng dalam sidang media pada Khamis berkata, tahap keterbukaan sektor perkhidmatan membabitkan kewangan, telekomunikasi, pembinaan, pengedaran, pelancongan dan pengangkutan akan terus diperluas.

Setakat ini, China telah membuka hampir 120 daripada 160 subsektor kategori perdagangan perkhidmatan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Close
Messenger Pinterest LinkedIn