Bahasa Melayu

"Sidang Kemuncak Demokrasi" Papar Imej Pemanipulasi

CRI2021-12-09 12:27:44

"Sidang kemuncak demokrasi" yang dirancang Amerika Syarikat (AS) hanya akan direkodkan dalam sejarah dengan imej pemanipulasi dan perosak demokrasi, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Rabu.

Beliau berkata, jelas terpapar hipokrasi AS yang tidak pernah mengamalkan demokrasi sebenar, sebaliknya berniat mengejar hegemoni, walau ditutup dengan apa cara sekalipun.

Menurut laporan, kerajaan Hungary telah menolak dokumen Kesatuan Eropah (EU) mengenai pendirian bersama yang menyokong "sidang kemuncak demokrasi".

Selain itu, tokoh-tokoh dan media dari beberapa negara termasuk Rusia, Cuba dan Kenya turut mengemukakan bantahan terhadap sidang kemuncak tersebut.

Wang menyifatkan respons masyarakat antarabangsa itu sebagai bidasan kepada tindakan AS menghasut perpecahan dan konfrotansi atas nama demokrasi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn