"Tribunal Khas Uygur", Bidak Kuasa Anti-China
Sesi perbicaraan “Tribunal Khas Uygur” hanyalah farsa politik yang dimainkan kuasa anti-China dari Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS).
Demikian ujar jurucakap pihak berkuasa wilayah Xinjiang, Xu Guixiang dalam sidang media pada Isnin, sebagai tindak balas perbuatan Tribunal itu bakal menghakimkan kes dakwaan Beijing melakukan genosid terhadap etnik Uygur.
Xu turut mendedahkan hakikat bahawa “Tribunal Khas Uygur” bukan badan kehakiman, hanyalah yang palsu direka-reka kuasa anti-China.
“Tribunal itu bersekongkol dengan Kongres Uygur Sedunia (WUC) dan Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM). Ia bersifat anti-China dan pengganas, tiada kredibiliti sama sekali.
“Dari segi undang-undang, Tribunal itu tidak selaras dengan amalan kehakiman jenayah antarabangsa, dan tidak mempunyai asas atau kesahihan di sisi undang-undang antarabangsa,” ujarnya.
Tambah Xu lagi, Tribunal berkenaan berniat untuk menjatuhkan imej Xinjiang, serta mencampuri urusan wilayah itu malah hal ehwal dalaman China.
“Ia telah menjadi buah catur dunia Barat untuk melakukan manipulasi politik,” kata beliau.