FYP-14 Fokuskan Pembangunan Hijau Sektor Perindustrian
China komited mengurangkan pelepasan karbon dioksida bagi seunit nilai tambah sektor perindustrian sebanyak 18 peratus dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025).
Sasaran itu digariskan dalam pelan pembangunan hijau sektor perindustrian yang dikeluarkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Penjimatan Tenaga dan Penggunaan Komprehensif MIIT, Huang Libin menyatakan, pihaknya akan menerapkan matlamat puncak karbon dan neutral karbon dalam seluruh aspek pengeluaran perindustrian, meletakkan inovasi sebagai pemacu utama, sekali gus mempercepat transformasi industri pembuatan ke arah hijau dan rendah karbon.
Dalam pada itu, naib pengarah jabatan tersebut, Wang Xiaoyang berkata, kelebihan dari segi ekonomi digital akan terus dimanfaatkan hingga menjadi penjana baharu transformasi industri berkenaan.