Demokrasi Rakyat Seluruh Proses, Demokrasi Sosialisme China
Demokrasi rakyat seluruh proses terbukti demokrasi sosialisme yang paling komprehensif, meluas dan berkesan.
Demikian dinyatakan oleh Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), Huang Kunming dalam Forum Antarabangsa yang bertemakan“Demokrasi: Nilai Sepunya Umat Manusia” yang dirasmikan di Beijing pada Sabtu lalu.
Sejak penubuhan Parti Komunis China(PKC) pada 100 tahun lalu, rakyat China berjuang untuk mengejar, membangun dan merealisasikan demokrasi di bawah pimpinan parti dengan mengamalkan demokrasi bercirikan China, iaitu rakyat menjadi tuan rumah negara.
Sejak Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC diadakan, presiden China, Xi Jinping menyarankan untuk mengamalkan demokrasi rakyat seluruh proses, yang menambahbaik sistem rakyat menjadi tuan rumah negara secara lebih komprehensif dan meluas.
Lebih 500 tetamu dari lebih 120 negara dan wilayah serta 20 pertubuhan antarabangsa telah menyertai forum yang diadakan secara hibrid.