Bahasa Melayu

Argentina Dijangka Sertai BRI Tahun Hadapan

CRI2021-12-03 14:34:04

Duta Besar Argentina ke China, Sabino Vaca Narvaja memberikan bayangan bahawa negara Amerika Latin itu akan menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara rasmi pada tahun depan.

Pada Khamis, beliau yang menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Jalur dan Laluan 2021 di Beijing telah mengesahkan bahawa usaha sedang giat dilakukan kerajaan bagi memuktamadkan perkara itu.

"Kini, BRI suatu inisiatif peringkat global dan kami juga penyokong konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Pada masa sama, ia membuka mata kami mengenai banyak projek infrastruktur mega yang dikendalikan di bawah inisiatif itu," ujar Narvaja.

Menurutnya, sebagai negara Amerika Latin yang sangat memerlukan pembangunan prasarana secara kendiri, adalah amat penting untuk Argentina berkolaborasi dengan China.

Pada masa sama, dengan model dagangan kedua-dua negara yang saling melengkapi, Narvaja turut optimis terhadap prospek kerjasama antara Argentina dan China.

"China boleh membantu kami menambah baik kemudahan pengangkutan dan ia membolehkan kami mengeksport lebih banyak produk pertanian dan hasil ternakan kepada negara itu.

"Bagi saya, ia memang satu model kerjasama yang paling ideal," ujar beliau.

Difahamkan, forum yang berlangsung secara hibrid itu menghimpunkan lebih 600 orang peserta dari 77 negara, antaranya pegawai kerajaan, perwakilan pertubuhan antarabangsa dan usahawan terkemuka.

Peranan BRI dalam memajukan ekonomi digital dan kesihatan turut diangkat menjadi topik utama.

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin menaruh harapan tinggi agar kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang baharu seperti Jalan Sutera digital dapat diperkasakan lagi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn