Perutusan Takziah Presiden Xi Atas Pemergian Mendiang Maharaja Norodom Sihanouk
CRI2021-12-02 11:20:31
Presiden China, Xi Jinping semalam mengirim perutusan takziah kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni atas pemergian mendiang Maharaja Norodom Sihanouk pada Ahad lalu .
Xi menyatakan bahawa mendiang Maharaja Norodom Sihanouk antara ahli keluarga diraja Kemboja yang penting dan sahabat karib rakyat China.
“Beliau telah memberikan sumbangan positif kepada perkembangan hubungan China-Kemboja," kata Xi.
Xi menambah, China menumpukan usaha memperkukuh dan mengembangkan persahabatan tradisional antara China dan Kemboja, selain komited merapatkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara demi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja.