Bahasa Melayu

China, Afrika Ganding Bahu Ke Arah Komuniti Berkongsi Nasib

CRI2021-11-29 13:35:42

Kerjasama China-Afrika sekali lagi menjadi tumpuan dunia dengan penganjuran Persidangan Menteri-menteri kelapan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) yang dirasmikan hari ini.

Presiden China, Xi Jinping turut dijadualkan untuk menghadiri majlis perasmian persidangan itu dan menyampaikan ucaptama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden Xi kerap mengulangi komitmen China dalam membina komuniti berkongsi nasib dengan Afrika.

Semasa mempengerusikan sidang kemuncak khas kolaborasi China-Afrika memerangi pandemik COVID-19 yang berlangsung pada Jun 2020, beliau mengemukakan empat saranan untuk usaha sama melawan wabak dan mengatasi kesulitan semasa, sambil berjanji akan berkongsi vaksin COVID-19 buatan China terlebih dahulu dengan negara-negara Afrika.

Komitmen bersama yang dizahirkan pada saat luar biasa itu memaparkan semangat persahabatan dan makna komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Afrika merupakan destinasi pertama yang dilawati Xi sejak menyandang jawatan Presiden China.

Dalam ucaptamanya ketika melawat Tanzania pada Mac 2013, beliau mengemukakan dasar terhadap Afrika berdasarkan prinsip keikhlasan, hasil sebenar, kemesraan dan penuh percaya.

Untuk rekod, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Afrika dalam tempoh 12 tahun berturut-turut.

Sementara itu, syarikat China telah membina serta menaiktarafkan lebih 10 ribu kilometer landasan kereta api dan hampir 100 ribu kilometer jalan raya di benua Afrika selain menyaksikan 4.5 juta peluang pekerjaan berjaya diwujudkan menerusi projek berkenaan.

Setakat ini, 52 buah negara Afrika dan Suruhanjaya Kesatuan Afrika telah memeterai dokumen kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Sepertimana yang ditegaskan Presiden Xi, keadilan lebih diutamakan berbanding kepentingan semasa China menjalankan kerjasama dengan Afrika.

Justeru, kerjasama dua hala mesti menempuh jalan yang mengoptimumkan kelebihan masing-masing, dan menuju ke arah saling untung dan membangun secara bersama.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn