Bahasa Melayu

Tahniah Xi, Putin Atas Penutupan Tahun Inovasi Sains Teknologi

CRI2021-11-27 14:18:30

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin semalam telah masing-masing mengirimkan surat tahniah kepada upacara penutupan Tahun Inovasi Sains Teknologi China-Rusia.

Xi menunjukkan bahawa beliau dan Presiden Putin pernah mengirimkan surat tahniah semasa perasmian Tahun Inovasi Sains Teknologi China-Rusia pada Ogos 2020, dan menaruh harapan besar terhadap berlangsungnya selepas itu.

Dalam tempoh lebih setahun lalu, kedua-dua negara berganding bahu untuk mengatasi impak buruk akbiat wabak COVID-19 di samping melaksanakan lebih seribu aktiviti interaksi kerjasama inovasi sains dan teknologi yang turut menyaksikan pencapaian hasil kerjasama cemerlang dalam bidang pencegahan dan kawalan wabak, aeroangkasa, tenaga nuklear dan ekonomi digital. Selain itu, kemajuan penting kelihatan tercapai dalam kerjasama program strategik seiring dengan operasi Tabung Inovasi Sains Teknologi Persekutuan China-Rusia.

Xi menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu memegang konsep persahabatan, kerjasama dan menang-menang untuk mendorong kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang supaya mendorong hubungan China-Rusia berkembang menuju ke tahap yang lebih tinggi di samping menyuntik momentum baharu kepada pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Putin dalam surat tahniahnya pula menyatakan penglibatkan China dalam pembinaan Super Conducting Accelerator(NICA) dan penubuhan Pusat Matematik Rusia-China merupakan hasil kerjasama utama sepanjang Tahun Inovasi Sains Teknologi Rusia-China. Beliau yakin persahabatan dan konsep kerjasama menang-menang boleh dikekalkann antara Rusia dengan China dan kerjasama komprehensif kedua-dua pihak pun dapat dipicu secara berterusan dengan momentum yang kuat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn