Pangkalan Industri Aeroangkasa Kebangsaan China Wujudkan Kapasiti Pengeluaran
CRI2021-11-26 15:36:26
Forum Aeroangkasa Komersil China (Antarabangsa) ke-7 dirasmikan di bandar Wuhan pada Khamis.
Bertemakan "Corak Pembangunan Perindustrian Baharu, Perjalanan Baharu bagi Aeroangkasa Komersil", forum secara hibrid itu dihadiri oleh sarjana dan pakar dari bidang aeroangkasa dari tujuh negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia, Britain dan Perancis.
Difahamkan dari sidang itu, pangkalan industri aeroangkasa peringkat kebangsaan pertama China berjaya mewujudkan pengeluaran tahunan dengan kapasiti 20 kenderaan pelancar pepejal dan 100 satelit.
Dengan pembangunan berterusan industri aeroangkasa, skala pasaran aeroangkasa komersil China terus berkembang, dan pembangunan "ekonomi angkasa" terus meningkat.