Legenda Sina Dingzhu- Anak Shangrila
Sina Dingzhu, seorang lelaki Tibet berusia 51 tahun, tinggal di Kampung Jiangpo di Kaunti Deqin, Daerah Autonomi Tibet Diqing di barat laut provinsi Yunnan.
Terletak bertentangan dengan Gunung Salji Meili serta terdapatnya arus Sungai Lancang yang mengalir deras, kampung itu ibarat satu kurniaan indah dengan pemandangan alam semua jadi yang sungguh mempesona.
Namun, ia sangat terpencil serta hampir terpisah dan dilupakan oleh dunia luar kerana lokasi geografi tempat itu, sekali gus menjadikan penduduk kampung sangat miskin.
Bagaimanapun, susuk Sina Dingzhu berjaya mengubah kemiskinan di situ dan usaha gigih beliau untuk membina jalan untuk menggabungkan kampung kecil dengan dunia luar menjadikannya satu legenda.
Episod Pertama: Anak Lelaki Hilang Mata Kiri
Pada 25 tahun yang lalu, di sebuah kampung yang dipanggil Balagezong terdapat lebih 60 keluarga penduduk etnik Tibet. Sina Dingzhu yang berumur hanya sepuluh tahun pada masa itu keluar dari rumah untuk membelajari teknik di sebuah bengkel tukang besi. Ayahnya memberitahu bahawa penguasaan sesebuah teknik dapat membantu mencari rezeki pada masa depan. Tugas Sina di bengkel adalah menjaga alat pengalih udara sambil menonton tukang besi menukang besi sementara ia panas.
Sina terlalu asyik menonton tukang-tukang kuat menukang besi dengan renda besi memercik disekitarnya. Tiba-tiba, dia menjerit dengan mata kirinya sakit dan berdarah.
“Pasti besi cecair masuk matanya”. Para tukang segera menghantar Sina ke rumah. Namun, ahli keluarga juga tak dapat berbuat apa-apa kerana ayahnya mencari rezeki di luar dan hampir sebulan tidak balik. Sebagai anak sulung, Sina yang menjaga adik-adinya di rumah dan merupakan penolong kepada ibu.
Tiada doktor di kampung dapat mengubati mata Sina kecuali doktor di bandar. Namun, Sina tidak dapat melalui jalan ke bandar tanpa ditemani lelaki dewasa, ditambah pula hanya tinggal semata sahaja. Ibu Sina sambil menangis sambil kata, “Tiada cara lain, kita tunggu ayahmu balik”.
Dua hari kemudian, ayah Sina, iaitu Baima Wangdun balik. Selepas melihat kesakitan Sina, dia segera mendukung Sina di belakang dan menuju ke jalan yang terletak di tepi tebing terjal dengan jurang yang dalam untuk menghantarnya ke hospital peringkat kaunti.
Pada waktu malam, Sina Dingzhu dan ayahnya tidur di belakang batu meskipun angin kuat kedengaran di tepi telinga. Pada petang hari kedua, Sina mula demam. Mempunyai nasib yang baik, sesudah mereka melintasi jalan berbahaya itu, kedua-dua mereka telah mendapat pertolongan oleh sebuah lori. Pemandu lori yang berhati baik segera menghantar Sina ke hospital peringkat daerah berikutan syarat rawatan di sana lebih baik. Namun sudah terlewat, mata kiri Sina hilang penglihatan.
Episod Kedua: Pengalaman Ubati Mata di Hospital
Sina Dingzhu dirawat di hospital bandar selama 16 hari hingga lukanya tidak meradang lagi. Namun, pengalaman mengubatinya tampaknya tidak begitu buruk kepada Sina.
Di situ, Sina buat pertama kalinya melihat keadaan “unik” seperti lampu elektrik digunakan untuk menerangi kegelapan dan air bersih yang akan keluar dari paip… Kesemua ini terlalu berbeza dari kampung Sina yang terpencil lagi miskin dan menggegarkan hati muda itu. Dalam perjalanan kembali ke kampung, Sina berkata kepada ayahnya, “Saya ingin membina jalan dari kampung kita ke bandar”.
“Kamu demam hingga jadi tak betul ke?”, jawab ayahnya. Tambah ayahnya lagi, “jika boleh membina jalan, mengapa sehingga sekarang tiada jalan keluar?”
Jawapan si bapa tidak mengubah kezaman Sina. Sebaliknya, Sina berasa impian membina jalan seperti sebiji benih, keluar daun di hatinya dan kian semakin berkembang.
Episod Ketiga: Lelaki Kampung Berjaya di Bandar
Pada tahun 1977, Sina Dingzhu yang berumur 13 tahun telah menjadi seorang remaja dengan tubuh badan yang kuat dan besar, walaupun mata kiri hilang penglihatan. Sina berazam untuk mencari rezeki di dunia luar tanpa mempedulikan pujukan dari ibu bapa.
Akhirnya, Sina membawa 25 kilo batu kristal asli dan keluar kampung dari jalan kecil yang sangat berbahaya itu. Dengan pinjaman wang RMB400 (RM 253.56), Sina pergi ke bandar Guangzhou menjual batu kristal dan memperolehi RMB 9,000(RM5,930). Pada masa itu, gaji seorang pekerja hanya RMB50(RM32.9) sebulan.
Kemudian, Sina membeli barang hidupan seharian di bandar Guangzhou dan menjual di bandar Kunming tanpa mengenal siang dan malam untuk mendapat keuntungan lebih banyak.
Beberapa tahun telah berlalu, Sina menjadi kaya dan mempunyai syarikat berdaftar sendiri. Dia tinggal di bandar dengan memandu kereta mewah. Tetapi dia tidak pernah lupa impian yang telah lama tertanam sejak kecil.
Episod Keempat: Sina Dingzhu Kejar Impian
Pada tahun 1999, Sina menjual semua harta dan mendapat RMB 40 juta (RM 26.35 juta). Dengan wang itu, Sina mendaftar Syarikat Pelancongan Balagezong dan membina jalan sepanjang 35 kilometer di kampung halaman, sekali gus mengubah keadaan kampung itu yang sebelum ini tidak dikunjungi ramai kerana keterbatasan pengangkutan dan penginapan. Setelah jalan selesai dibina, Sina giat berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan telekomunikasi di kampong miskin itu.
Dengan sokongan jabatan kerajaan tempatan, Sina Dingzhu juga berbelanja RMB1.6 bilion(RM1.05 bilion) untuk membina destinasi pelancongan Balagezong peringkat kebangsaan. Dia menggalakkan penduduk kampungnya terlibat dalam pembinaan dan pengoperasian destinasi pelancongan bagi menjana pendapatan mereka. Projek itu bukan sahaja mencipta lebih 500 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, tetapi juga membantu penduduk di kampungnya keluar daripada belenggu kemiskinan.
Pada 2017, beberapa pedagang dari provinsi Guangdong datang melawat kampung itu. Dan pada tahun berikutnya, mereka berganding bahu dengan penduduk tempatan dalam membangunkan tasik Xueda di kaki Gunung Salji Meili.
Mereka membina hotel percutian, menubuhkan rumah penginapan dan menawarkan makanan yang dimasak dengan menggunakan bahan makanan organik.
Dengan kunjungan lebih ramai pelancong, syarikat yang dibiayai Guangdong itu memberikan separuh daripada pendapatannya kepada penduduk kampung, dengan RMB10,000(RM6,590) setiap tahun diperuntukkan untuk setiap isi rumah.
Dengan perkembangan industri penternakan dan pelancongan luar bandar, pendapatan per kapita di Jiangpo meningkat daripada RMB8,000(RM5271) pada 2016 kepada RMB26,600(RM17,526) pada 2019.
Gunung Salji Meili yang terletak di seberang kampung semakin menjulang tinggi dan menyaksikan perubahan dramatik dalam kehidupan penduduk kampung Tibet.