China Sumbang 1.8 Bilion Dos Vaksin COVID-19 kepada Dunia
Ketibaan 700,000 dos vaksin COVID-19 bantuan China di Laos semalam menandakan negara Tembok Besar itu secara rasminya telah menyumbangkan lebih daripada 1.8 bilion dos vaksin tersebut kepada masyarakat antarabangsa.
Menurut Naib Pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China(CIDCA), Deng Boqing, kerjasama China-Laos turut melambangkan kerjasama China-ASEAN, manakala ASEAN pula merupakan antara rakan kerjasama penting dan keutamaan China.
"China akan menghulur lagi bantuan 150 juta dos vaksin COVID-19 secara percuma kepada negara ASEAN, selain bantuan pembangunan AS$1.5 bilion(RM6.36 bilion) lagi kepada ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang," kata Deng lagi.
Untuk rekod, selain menyediakan vaksin COVID-19, China juga menyumbangkan sejumlah besar bahan-bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak kepada masyarakat antarabangsa sehingga kini.