Indonesia Ganti Itali Menjadi Negara Pengerusi Bergilir G20
CRI2021-12-02 11:06:22
Indonesia secara rasmi menggantikan Itali menjadi negara pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) pada 1 Disember.
Presiden Indonesia Joko Widodo ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan mandat menyatakan bahawa "inklusif, berpaksikan kepentingan rakyat, mesra alam dan pembangunan mampan" antara komitmen utama Indonesia kepada G20.
Dalam pada itu, G20 menyasarkan berperanan sebagai enjin utama demi memacu kerjasama dan inovasi dalam tempoh perkhidmatan Indonesia sebagai negara pengerusi bergilir.