Bahasa Melayu

Singapura Gantung VTL dengan Tiga Negara Asia Barat

CRI2021-11-29 14:20:44

Singapura akan menggantung pelan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan tiga negara Asia barat iaitu Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu(UAE) yang dijadualkan dilaksanakan pada 6 Disember.

Pasukan Petugas Pelbagai kementerian (MTF) Singapura mengenai COVID-19 dalam pengumuman pada Ahad lalu menyatakan, langkah ini diambil bagi mencegah varian baharu COVID-19, Omicron.

Singapura telah melancarkan pelan VTL dengan lebih 20 negara. Menurut pelan itu, individu yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan keputusan pemeriksaan asid nukleik (NAT) negatif dibenarkan memasuki republik itu tanpa menjalani kuarantin.

Namun, dengan kemunculan Omicron, pasukan petugas tersebut memutuskan menyemak pelan itu sebelum butiran baharu pelan diumumkan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn